Friday, December 20, 2002

Catatan Hari Ini : 20 dis 2002
sepanjang minggu ni, tetiap petang hujuan turun. aku tak berkesempatan nak beriadhah. Sepanjang bulkan puasa dah ler mmg tak jogging. Tapi hujan tetap rahmat Tuhan. Pada aku biarlah hujan. Dari panas yang berpanjangan. Sekurang2nya KL takkan menghadapi masalah kekeringan air kalau tetiap petang hujan.

Kadang2 sifat manusia mmg mcm tu. Selalu tak puas hati dgn apa yang dikurniakan padanya. Sentiasa memandang org lain punyer lebih baik.
Tuhan bagi hujan... komplain. Tuhan bagi panas, sampai tak der air, komplain. Tuhan bagi hujan + panas, pun komplain. Sifat semulajadi manusia suka komplain. Tidak ramai yg sentiasa bersyukur.

Nak didik sifat bersyukur ni pun bukan senang. Tak semudah diucapkan. Hanya yang betul2 yakin dan redha saja akan bersyukur dan sabar dgn apa jua kurniaan Tuhan kepadanya.

aku teringat satu signature rakan sepejabat di dalam emailnya : " Aku menangis tidak berkasut.. hinggalah aku lihat orang tidak berkaki.... "

Thursday, December 19, 2002

[b]T E N S E N... [/b]
kompiuter.. satu ciptaan manusia yg tak pernah sempurna - mmg ciptaan manusia tak pernah sempurna pun....
pada masa kiter tgh nak cepat tu ler dia buat hal.
aku dah tulis banyak dah.. bila nak save poblem plak.. isk..isk..isk...

kekadang aku rasa cam nak terajang jer kompiuter depan aku nih... tapi tak per..sabar.. kang kalo aku terajang kang, langsung aku tak der kompiuter nak buat keje... ...

hmm..esok jer lah aku sambung blog aku nih.. ari ni tensen pasal aku dah taip panjang.. tetiba tak leh save.. then ilang plak tu... isk.isk..isk..
aku nak balik...

syukur kepada Tuhan yang memberikan ku nikmat sihat... satu nikmatyg tak ternilai dgn harta dan wang ringgit.....

Tuesday, December 17, 2002

Catatan Hari Ini : 18 Dis 2002
Mlm tadi akummg tak larat. Balik dari ofis, aku terus beli burger, dan air susu. sampai rumah, makan then boom.. aku rehatkan diri..tido.
Tapi tak sangka pulak, Nor dtg. Aku bagi tau dia aku muntah2 dan rasa cam nak demam.. so, tup2 dia datang. Dia kata nak tgk aku. Aku tak boleh layan / buat apa-apa, coz kepala aku berat dan badan aku sejuk. So, mlm tu aku terus tido sampai pagi.

Pagi, badan aku dah segar sket. Aku minum jus mengkudu yang aku beli smlm.. pergghh... tak sedapnyer..... tapi ubat kan.. telan jugak ler.

Hari ni kelas pagi. Aku dah prepare. Tapi tetiba PC kat dlm kelas tu tak buleh pakai plak. So, aku terpaksa bagi kuliah secara manual instead of pakai powerpoint. Dan sure ler kuliah aku terjejas...

Abih kelas.. aku calI Ilham - aku kenal dari internet, kira2 2 minggu lepas. Sblm ni kami just berkomunikasi melalui e-mail. Then dia dah bagi no tepon dia kat aku, tapi cuma hari ni jer yang aku call dia. Kami sembang..lama gak.. ada dekat setengah jam kot. hmm..seronok gak. so nak blind date ler nih ek.. he he he... ari ahad ni nak pi jumpa dia.. ;D

Catatan Hari Ini : 17 Dis 2002
aku tak tau kenapa, mlm tadi masa aku tidor, kira-kira jam 1.30 pagi, tiba2 aku terjaga. something happened. aku rasa kepala aku berat. Berpusing.. ishh..pesal plak ni. AKu bangun... perut aku rasa senak semacam. aku masuk bilik air... sampai jer depan sinki, isi perut aku terkeluar - aku muntah... apa yang aku nampak.. sayur yg aku makan tgh hari tadi, dan juga nasik goreng bercampur air milo... ish..pesal plak ni...

lepas aku cuci sumer.. aku cuba baring .. badan aku lemah... kepala aku masih berat. aku cuba tidu tapi tak selesa. aku bangun lagi... dan rasa mcm sesuatu nak terkeluar dari perut aku, aku berlari ke tandas, sekali lagi isi perut aku terkeluar. kali ni lebih cair... arrgghhhh....

tapi lega sikit rasanyer. aku masuk bilik, minum air suam.. dan cuba tido.. aku tak sedar jam berapa aku muntah sekali lagi.. kemudian baru aku boleh tidu.. tapi badan aku lemah... sebab semua yang aku makan hari ni dah keluar. tak ada yg jadik tenaga.

Aku ni nak keracunan ker... atau aku nak demam. isk.. aku suspen, kalo aku demam tensen jugak.. pasal biasanya kalao aku demam , mmg ler aku flat, sekurang2nya 3 hari baru aku boleh bangun balik. pagi jam 6, aku tersedar, aku rasa badan aku segar sket. tapi msaih lemah.. aku mandi.

ari ni kelas jam 8 pagi, aku nampak lemah.. banyak kali aku duduk di kerusi.. aku tak pasti samada student perasan ker tidak. tapi student zaman sekarang.. dia tak peduli samada cikgu dia sakit ker tidak...

lepas kelas, aku pi klinik.. Dr kata sehari dua elok ler tu... ada ka patut.. dia kata aku tak demam. dan tak bagi aku MC. tak per lah. aku pun tak sanggup amik MC di tgh kegawatan masa nak menghabiskan silibus kuliah semester nih...

Tadi Dr Ras call aku, hmm.. he expecting me to come tonight. Angah dari Jb pulak dtg bertandang ke rumah Busu. depa ajak aku makan dinner..ish..camner nih... aku ingat aku tak pegi kedu2 nyer.. mungkin aku just duduk rumah jer..tido..berehat.. esok kelas dari pagi sampai petang lagi.

Anugerah Yang Paling Berharga
Anugerah / Nikmat yang paling berharga yng di beri oleh Tuhan ialah nikmat hidup sihat. sekali nikmat ini dicabut.. manusia akan sanggup berbelanja apa sahaja utk mendapatkannya semula. Kita sebagai manusia sering terlupa.. nikmat kurniaan Tuhan ini, perlu disyukuri.. dan Tuhan akan menambah lagi nikmat tersebut. Tapi aku sendiri amat jarang mensyukuri nikmat yg tuhan bagi ini. sesekali bila sakit macam ni, barulah aku teringat, sebenarnya ak ni cuma seorang hamba yang lemah.. aku takkan hidup selamanya, tak kan sihat selamanya, biarpun Dr Homeo pathy kata, badan aku luar biasa kerana jarang sakit...

Ya tuhan, kurniakan lah aku kesihatan... dan kurniakan lah aku hati yg sentiasa ingat kepada nikmat yang telah Tuhanku berikan kepadaku...

Monday, December 16, 2002

Hari ini : Isnin 16 Dis 2002
Hari aku blur.. tak tahu nak buat apa.. tak tahu nak pegi mana...
bukak buku.. baca serba sedikit..prepare utk kelas esok.

M A L A S
Aku teringat pesanan guru silat aku dulu.. "Kadang-kadang, kita akan rasa malas.. berjaga2 lah bila kita rasa malas" aku cuba pahamkan. tapi dlm keadaan sekarang, mmg aku tgh malas. aku boleh buat banyak kerja. aku bolehbuat banyak part time utk tambah pendapatan aku. tapi..aku malas. aku rasa, aku nak hidup sederhana. aku nak ada 'life' dan bukan sekadar carik dit sajer. tapi dlm pada itu, aku jugak nak berjaya..nak hidup senang mcm org lain. nak pakai keter besar, nak pakai motor besar..

kalo aku nak carik duit.. aku boleh buat part time.banyak... akuboleh run balik projek aku yg tergendala dulu.. tapi lepas balik dari keje, aku rasa malas.. aku rasa aku apa yg aku dpt dah cukup. aku rasa, aku nak idup enjoy..
ntah ler kenapa aku fikir cam tu. sedang kan impian aku besar..
sering aku bercakap dgn hati aku.. kejayaan bukan diperolehi dgn mudah. perlu ada pengorbanan. kalo aku tak nak berkorban sekarang, aku takkan kecap impian aku... aku tau itu.. tapi aku cuma malas.

malas amat sinonim dgn orang keturunan melayu. kalo orang melayu tak malas.. kalau aku tak malas, aku yakin aku boleh dpt pendapatan sekurang2nya dua kali ganda dari apa yag aku dpt dari gaji aku sekarang. aku taua itu, tapi aku cuma MALAS.....

Malas punca masalah. malas punca manusia tak maju. malas menimbulkan pelbagai alasan utk tidak mahu buat kerja lebih. malas punca masalah kewangan. malas..malas... malas...

ya tuhan, buangkan lah sifat malas dari dlm hati hambamu ini...
Catatan Lepas : Hujung Minggu

Jumaat 14 Dis 2002
Jumaat malam. aku balik dari kerja, AT call, dia bagi tau yang dia akan sampai KL jam 7.00 mlm, dan meminta aku fetch dia kat Pudu. Aku sampai Pudu jam 7.30. dia dah menunggu. Aku ajak dia makan dulu. Kami banyak diam. Di pihak akum aku nak dia mulakan. Jadi aku menunggu jer. tapi dia pun diam jer...suasana hening. Dlm LRT dia etap diam. sampai rumah, aku bersiap utk keluar. mlm ni ada gathering kat bangsar. aku tinggalkan dia.
Bangsar
Ramai member baru dtg. seronok,jumpa kenalan baru. kami sembang, tapi nasib tak baik, hujan turun dlm pukul 12 mlm. 1.30 pagi, hujan renyai, aku mintak diri dulu.
Sampai rumah, AT dah tido, so aku biarkan sajer dia. Aku tido atas sofa.

sabtu 15 Dis 2002
Pagi tu, masa aku mandi, AT dan siap berkemas. Dia ckp, aku tak hiraukan dia. Dia tak boleh terima aku ada org lain. Dan dia nak undur diri. Aku tak tau nak ckp apa, aku cuma diam. Di pihak aku, aku tak halau dia, dia yang nak pergi.
So, aku biarkan saja. Aku tak tahu nak ckp apa, nak buat apa. aku just lihat sajer dia pergi.
Banyak dia sms aku... aku cuma baca.. tapi tak tahu nak balas apa. semuanya dah terbongkar. Terlalu banyak cerita yg dia dengar. Tak per lah. aku merelakan apa yg terjadi. Nak buat cam ner...Mungkin aku bukan yg terbaik utk dia. aku tak setia, aku tak jujur. aku tipu dia.. so aku cuma boleh doakan dia akan jumpa seseorang yang lebih baik dari aku, yg jujur, yg setia.. pd dia.

Tapi mlm tu dia nak jumpa aku. lepas aku fikir.. aku sms dia balik, dan aku katakan, lebih baik tak payah jumpa. aku rasa itu yg terbaik buat kami dlm keadaan mcm tu...

Ahad : 15 Dis 2002
Hari ni aku melupakan seketika masalah peribad aku. Dari pagi sampai ke mlm, kami beraya ke rumah kawan2 bikers. aku gembira. sekurang2nya aku ada tempat dan kawan-kawan utk bersuka. biarpaun aku tak pasti samada itu adalah tempat yg sama aku boleh pergi kalao aku bersedih...
akutetap bersyukur, sekurang2nya aku lebih bernasib baik dari org lain yang tak ada kawan utk bersuka..apatah lagi kawan utk berkongsi kesedihan...


Thursday, December 12, 2002

Hari Ini Dalam Catatan : 13 Dis 2002

Hari ni aku bgn pagi... 6.30. walaupun mlm tadi balik lewat. pi beraya rumah member bikers. tapi mlm tadi special dish. tak sangka pulak dia buat BBQ utk kami. ingat just nak dtg lepak2 jer..makan2 kuih.. tapi dia sudah buat BBQ. apa lagi sental ler..

hari ni lagi satu berita gempaq.. aisey.....
Nor call aku, skangni dia masih kat kampung. hari ni dia akan balik ker KL. Nor kata AT call dia. dan marah dia. Nor tanya aku, camner AT boleh tau no tepon dia ? aku kata aku tak tau.. Nor kata, AT marah2 dia dan tak dpt terima kalo Nor ada affair ngan aku. aisey... ni kes berat nih..

smlm At kata, ada orang bagi tau dia pasal Nor gaduh ngan Rez... i wonder who it was.... AT call aku beberapa kali, tapi aku tak nak angkat. aku pantng kalo orang buat kecoh camni... kalo nak settle, settle bebaik ler. aku tak suka org gaduh2. kalo gaduh2..aku tinggal jer saper yg mulakan.. dan aku mmg salahkan saper yg mulakan. mcm kes Nor ngan Rez dulu, pasal Rez yang mulakan, so aku 'hukum' diakejap. dan sekarang AT pulak yg nak mulakan kecoh cam ni. kang ada yang kena lagi kang...

dan... badai terus bertiup.... gelora semakin terasa...
BADAI AKAN MELANDA LAGI

Tadi lepas lunch aku receive call dari AT. adusssss... camner dia tahu?
dia kata dia nak jumpa aku esok. esok dia akan datang KL, kebetulan nak pegi umah makcik dia. Dia kata (dgn nada tegas) ada benda dia nak settle ngan aku. bila aku tanya.. dia kata dia tau Rez ngan Nor gaduh pasal aku. O ooo.... terdiam aku kejap. camner dia boleh tau? saper yg jadik kepoh sgt nih ??

aisey.. apa pun aku get ready jer lah. aku tgh pikir, how aku nak react dgn dia esko mlm.... hmm.. tapi aku rasa aku akan diam jer.. kalo dia marah. dan aku akan biarkan dia yang buat keputusan. tapi.. utk dia sekat aku atau kongkong aku.. that wil never happened. pada aku , my life is not only for one person. tgk lah apa yang akan berlaku esok.

tadi aku dpt email, kata, meeting dpt ari sabtu ni posponed - sbb ramai org nak bercuti - take advantage dari cuti hari isnin (bday sultan selangor). so aku cepat2 apply cuti ganti ari sabtu nih. so aku pun mulalah plan nak ke mana aku weekend nih... muor ? kuantan ? ipoh mali ? ;D

Wednesday, December 11, 2002

Catatan Hari Ini : 12 Dis 2002
Kerja..kerja..kerja...
kerja yang banyak aku tak kisah. Tapikerja yang satu tapi tak habis2 menyebabkan aku rasa rimas dan tensen. Kami dah buat kerja ni hampir 2 minggu.. (tak termasuk cuti raya). Requirement yang berubah2 dari top management menjadikan kerja ni kena di Re-Do berberapa kali. Apalah susah sgt nak buat decision. Buat lagu ni.. tak berkenan, suruh buat lagu lain.. isk... bosan betul.
Ini lah padahnya kalau org yang terlalu bijak pandai memegang tampuk. tak boleh ditegur dan hanya dia saja yang betul. kerja admin yang remeh temeh camni yang malas aku nak involve, sebab kerja tu bukannya susah, tapi tak habis2 .. dan memakan masa produktif aku. Patutnya aku boleh prepare utk kelas, tapi disebabkan kerja remeh2 nih, aku rasa masa aku habis terbazir cam tu jer... hmm..tu ler dulu jadik boss sendiri... lagi best..

Aku cuba juga siapkan kerja ni sblm jam 12 sebab jam 12 aku ada kelas.. hmm.. nak ajar apa ari nih? aku ingat aku tak nakajar apa2 lah. bagi kuiz jer ari nih.
petang nanti ada lab lagi 2 jam pulak... isk...

Catatan Semalam : 11 Dis 2002

Smlm aku tersangat bz. mmg hari Rabu merupakan hari yang paling bz bagi aku. kelas pagi ada 2 jam, petang lagi 2 jam - straight. pergghh.. kalau masa bulan puasa dulu, kering tekak aku. Ditambah pulak dgn keadaan aircond yang tak sejuk...hmm..naperlah ek...

mlm aku ada date ngan Saf. Dah lama gak aku kenal dia, tapi baru jer nak jumpa ari nih. janji jumpa kat KLCC Jam 8.30 mlm. kami jumpa, makan dan sembang. aku citer pasal aku ngan AT, Rez ngan Nor. Dia bagi pandangan dia. Aku dengar jer. Dia pulak citer masalah dia ngan Wah. hmm.. ada org ketiga. mmg camtu ler.. biler org ketiga masuk campur dlm sesuatu perhubungan, mmg akan jadi poblem nyer. Tapi Saf tak sanggup tinggalkan Wah, walaupun dia sendiri yang tangkap Wah curang. Sebab sayang nyer pasal. Saf pernah nak break ngan Wahm tapi ayat Wah power samapi Saf cair. Nasihat aku, kalau Saf tak nak berpisah, then dia kena accept apa yang Wah buat. Tapi kalau dia nak break off, dia kena break off slow2. Perlahan2 jauhkan diri dari Wah. Dan pada masa yang sama carikler pengganti. Kalo dia tak nak carik pengganti, dia kena carik sesuatu utk mengisi kekosongan masa dia. Sebabnya, benda ni jadi berat kalau kita dok pikir - terutamnya masa tgh kesunyian. So kalo ada sesuatu yang jadikan dia sibuk..atau ada org lain yg boleh dia buat teman - mungkin dpt lupakan Wah.

So..apa lagi, aku offer diri aku.. aku kata kiter boleh jadi kawan.. kalo dia ada poblem boleh share ngan aku. Tapi..aku dah bgi tau awal2.. yang aku tak nak feeling lebih2. cukup lah sebagai kawan rapat - a very close fren, not a couple or a lover. Sebab, dia pun tahu yang aku dah ada 2-3 org lain. hehehe....

Kami sembang sampai kol 11 mlm. Saf mintak diri sebab takut LRT dah abih. So aku pun balik umah.. tak tau kenapa mata aku mengantuk sangt.. dan aku terlelap masa tengah baca nota kuliah utk esok...

Monday, December 09, 2002

M E N Y A Y A N G I D A N D I S A Y A N G I
Kita bertuah jika kita ada tempat utk mencurah kasih sayang.
Tapi kita akan rasalebih bertuah, bila ada org yang menyayangi kita.
Menyayangi itu bahagia, disayangi juga bahagia.

aku disyangi oleh 4 orang insan pada satu masa. aku tahu mereka sangat sayang pada aku.
dan aku menyayangi 3 daripada insan itu. sorangtu, aku tak berapada dapat terima dia lagi, aku pun tak pasti kenapa.mungkin aku rasa tak ada keserasian. tapi dia mmg amat baik dgn aku, sehinggakan aku rasa tak sanggup nak ckp yg aku tak ada hati pd nya. Tapi, aku dah bg tau dia, dia tak boleh mengharapkan apa-apa dari aku. kerana kau tak boleh jamin yang aku akan bagi hati aku pada dia. dia tahu itu, tapi dia tetap meneruskan usahanya menambat hatiku.

dulu aku seorang pecinta yang setia. setelah berkali2 dikecewakan (hampir 6 kali kot) hati aku dah susah nak terima org lain seperti aku terima dulu. dulu kalau aku dah terima seseorang, aku akan setia padanya. tapi kini, aku tak boleh sekat hati aku dari menyayangi lebih dari seorang. sajer aku carik masalah macam tu kan. aku rasa setelah apayang aku lalui, aku berhak memilih, dan aku nak yg terbaik utk diri aku. dan mungkin kerana itu, aku buka seluas2nya hati aku utk disayangi dan menyayangi lebih dari hanya seorang.

aku ada AT, dia menyayangi aku.. tapi dia jauh di selatan tanah air.
di KL, aku ada Rez dan Nor. Pada Reez dan Nor, aku dah bagitau, ada orang lain yang aku sayang, dan mereka tak boleh paksa aku utk hanya menyayangi mereka sahaja. tapi mereka tetap degil.. aku pun hairan. apa yang istimewa ada pada aku.. aku pun tak tahu. tapi satu benda yang aku kenal dgn diri aku ialah, aku seorang yang penyayang. aku ambil berat terhadap insan2 yng hadir dlm hidup aku. sehingga kekadang mereka salah anggap plak..

pada Reez dan Nor, mereka tahu pegangan aku sekarang. Pada AT, aku belum nyatakan lagi. Aku rasa AT tahu - berkali-kali dia sindir aku... dan aku tidak menafikan..atau mengiakan.. tapi dia juga degil seperti Reez dan Nor. Pernah dia kata, dia takkan mengalah, dan "When it come to love, i'll be very selfish" - dia takkan mengalah pd org lain. dia takkan lepas kan aku pergi. ntah ler.. besar sungguh badai yang aku jejak kali nih...


Yang sorang lagi Niz, seorang insanyang baik, tapi pd aku , dia terlalu baik utk org seperti aku. aku selalu berharap dia akan berjumpa dengan org ain yang lebih baik dan sepadan dengannya. Aku tak pasti apa yang dia nampak pada aku. KU nampak kebaikkan dia, cuma, apa ertinya aku terima dia dlm keadaan aku terpaksa. aku dah pernah buat begitu dulu, dan aku tak mahu buat mcm tu lagi. menerima org lain kerana terpaksa, bukan datang dari hati, akan membahayakan hubungan aku dan dia. satu hari nanti aku akan carik pasal utk berpisah.

sekarang apa yang boleh aku buat ialah, cuba mencari perasaan sayang aku pada Niz. kalo perasaan itu timbul.. mungkin aku boleh terima dia. kalau tak ada.. susah ler aku nak terima dia.

kekadang aku rasa aku ni terlalu tamak dan mementingkan diri sendiri, tapi dalam hati aku tak pernah terniat utk aku memain kan sesapa. sebab tu aku bgi tau awal2 (dlm kes Reez dan Nor) yang aku dah ada org lain. Dlm kes AT, aku tak pernah kata bersumpah atau yang seumpama dgnnya mengatakan aku hanya sayang dia seorang. jadi aku tak menipu AT, cuma .. aku tak jujur pada AT. tapi satu hari nanti dia akan tahu.. dan pada waktu itu, aku rasa dia boleh terima keadaan tu.

Hari Ini Dalam Catatan : 9 Disember 2002
Hari ini, dgn penuh liat, aku bangun pagi. hmm.. malas betui nak keje. bukan aku yang malas, tapi mengenangkan hari ni sure tpt aku tu sunyi sepi.
hmm.. sampai opis jer, aku sorang jer yg baru punch in.
try bukak komputer, internet pulak down. air cond tak sejuk. isk..isk.. dugaan betui. aku dah tak de mood nak buat keje.

aku baru jer nak keluar, internet dah ok. nasib baik. so aku buat ler keje sket. last2 boring, aku online, dan member ajak aku kuar kejap. aku pi KL, lunch. kol 2.30 aku masuk balik. ari kelas kol 3. hmm..baper org ler student yang dtg ari nih. seperti yg dijangkakan.. 6 orang jer. so aku buat bodoh jer.. buat jer kel;as cam biasa. cam cakap sensorang plak. Student non-malay ni.. mmg tak banyak tanya.. dok diam jer..cam tak ada org plak dlm lab tu. so aku bgi lecture sejam setengah. then suruh depa buat amali.

tu yang membezakan student bumi & non bumi, sometimes, pada pandangan aku, student non-bumi anti social. mereka tak pandai berinteraksi, dan lebih mementingkan akademik dari aktiviti social. tapi tak sumer ler.. ada yang baguih.. biasa ler tu kan..tapi kebanyakannya cam tu lah.

kalo student bumi plak... terlalu social plak.. sampai tak tau malu. akademik..hancus plak tu... tapi..tak sumerler.. ada yang baguih jugak....

tapi, sebagai pengajarm, aku lebih selesa mengajar student yang pandai berkomunikasi dan berinteraksi. terasa kelas tu lebih less formal. aku suka begitu. dan aku akan bersemangat utk mengajar student yang begitu.

esok..aku ada satu lagi kelas, awal pagi pukul 8. hmm... harap kedatangan memberangsangkan.